Thursday, February 25, 2010

Al Fatihah - Surah ke 1 - 7 ayat ( makkiyyah)

1- Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

( Ulasan: Mulailah setiap bacaan dan amalan dengan nama Allah yang maha pengasih/pemurah kepada semua manusia dan segala makhluknya dan maha penyayang khusus kepada manusia yang beriman )

2- Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam

( Ulasan: Hendaklah kita memberi puji-pujian sebaik2 pujian kepada Allah sebagai Tuhan/Pencipta dan pengurus seluruh alam )

3- Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

( Ulasan: Allah Yang Maha Pengasih/pemurah kepada semua makluknya dan yang Maha Penyayang khusus kepada orang beriman )

4- Pemilik Hari Pembalasan

( Ulasan: Hanya Allah yang berhak di Akhirat nanti, menghisab segala amalan manusia ketika hidup mereka di dunia, untuk diberi pembalasan setimpal dengan amalan yang mereka lakukan ketika hidup dulu.)

5- Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan

( Ulasan: Kami mengaku bahawa hanya Allah sahajalah yang berhak kami sembah dan tempat kami memohon segala pertolongan.

6- Tunjukilah kami jalan yang lurus

( Ulasan: iaitu jalan/cara hidup yang benar, yang dapat memberi kebahagian di dunia dan akhirat. )

7- (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( jalan ) mereka yang dimurkai kepada mereka dan bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat

( Ulasan: kita memohon pertolongan Allah kepada jalan yang benar sebagaimana orang-orang yang telah diberi nikmat olih Allah dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai olih Allah atau yang sesat.)


Nota:

a) Ini bolihlah disifatkan sebagai raja segala doa dan yang diperintah kepada kita untuk wajib dibaca setiap solat, solat wajib atau pun sunat.
b) Kita akan dapat segala yang dimohon jika kita dapat memahami dan menghayati isi kandungan bacaan surah ini. Malangnya ramai dari kalangan kita,kerana kurang memahaminya, yang tidak dapat mencapai matlamat itu.

No comments:

Post a Comment